sewa

Saturday, June 26, 2010

Ulasan permainan pada 25/6/10

Permulaan permainan agak malang bagi PYA, mana tidaknya hanya 108 jatuhan pin, menampakan tanda-tanda untuk mendapat JC.Game pertama diungguli oleh AF dan XXZ yang meluru ke depan.Untuk game kedua PYA mendapat tunjuk ajar dari DSP dan melonjak terus jatuhan pin dan badi PYA telah hingap ke MH pulak, dan MH hanya mendapat hanya 113 jatuhan pin.Lain-lain pemain hanya stady jer game nya.Game ketiga bertambah sengit persaingannya itu pon di antara kalangan mereka yang biasa mendapat JC. Game terakhir yang mana game penentuan juara JC amat sengit sekali antari PYA dan MH,,,,,tapi akhirnya MH tertewas juga akhirnya dan mendapat JC untuk minggu ini ( 25/6/10).
Note: Game pertama kasut PYA koyak, itu sebab jatuhannya sedikit.

Wednesday, June 23, 2010

Boling sepuluh pin


Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).
Permainan ini berasal dari permainan "skittle" dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.

Monday, June 14, 2010

Gaya sebelum membaling




Friday, June 11, 2010

Lapuran bowling 11/6/10

Malam tadi hanya 5 peserta sahaja yang berentap. Permulaan permainan semuanya bermula dengan baik dan untuk game pertama di ungguli oleh DSP, Bagi MT nampaknya sedikit ketinggalan.Masuk game ke 2 perlawanan bertambah hebat dengan strike strike dan menampakan kesungguhan pemain-pemain, ini mungkin semangat bola piala dunia, walau pon kami tidak menontong pada masa tersebut, tapi kami anggap, kamilah yang sedang bermain bola piala dunia itu. XZZ dan PYA boleh di anggap sebagai pemain terbaik kerana peningkatan mengejut pada malam tersebut (bab kata kalu bab* tengok pon boleh gila), walau pun kemenangan dan jatuhan pin terbanyak di juarai oleh DSP. CIKGU juga mempersembahkan permainan terbaik mungkin nak jaga statusnya, Oleh kerana malam tersebut merupakan perasmian perlawanan bola piala dunia, ini memberi semangat kepada kami semua.Hanya yang lemah sahaja akan kecundang. Cempedak menjadi nangka, memang tak disangka MT telah menjadi JC pada malam tersebut. Dan dengan ini minggu depan(18/6/10)  perlawanan seperti biasa. Bak kata pepatah " pandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke kelompok JC juga".......ha...ha...ha....Jangan mare...

Tuesday, June 8, 2010

Kenangan berlalu

Tengok tu score DSP...ada berani.....

Cari yang tersembunyi













Dalam gambar ni ada sekor lagi.......
Cari sampai jumpa the hidden tiger tu.... Hadiah tiada tau, jangan tuntut pulak.

Monday, June 7, 2010

Training mengejar cita-cita












Cita-cita tinggi, memerlukan usaha yang kuat, apa pon rintangan haruslah dilepasi, barulah beroleh "KEJAYAAN"

Sunday, June 6, 2010

Nak jadi pemain terbaik














Latihan nak jadi pemain terbaik....Rakan bowling semasa kecik-kecik....

Ulasan permainan 4/6/10

Permainan pada malam tu bermula dengan baik untuk semua orang, kecuali XXZ...(tak taulah pulak ganguan apa yang datang mengacau).Kesian dia....Oleh kerana point XXZ terlalu rendah ini memberi advantage kepada pemain lain untuk enjoy..... Amir merupakan pemain terbaik pada malam itu, ini mungkin kerana seluruh keluarganya turun memberi sokongan. MH dan juga CIKGU tak kurang hebatnya, mungkin terbias dari Amir...MH dan CIKGU nampak sungguh ceria, almaklumlah dapat 200++...PYA pula nampak kool jer........(Dah pukul XXZ dari awal game pertama lagi) confideng katakan......HS, MT dan DSP kool jer dari awal walau pon malam tu kurang menyangat......JC jauh sekali(tengok divisionlah), Takziah kepada XXZ kerana terpaksa menambah bilangan JC.....

Wednesday, June 2, 2010

Tengok betul-betul

foto ini

Funny picture

Indahnya Solat

AKSI PEMAIN












Tuesday, June 1, 2010

Ahli-Ahli

1-SIFU-Kurang attif
2-MT-Aktif
3-XXZ-Sangat aktif
4-DSP-Aktif
5-MH-Aktif
6-PYA-Aktif
7-CIKGU-Aktif
8-HS-Aktif
9-AF-Aktif
10-OJ-Out station jer kat Rusia
11-AMIR-Aktif
12-DR-Tak aktif
13-IS-Tak aktif
14-SATAY KAJANG-Tak aktif
15-VE - Tak aktif P.Pinang
16-DM - Tak aktif

PENGENALAN

KSPI ialah singkatan daripada Kelab Sukan Taman Puchong Intan, Ditubuhkan disekitar tahun 2004. Anggota terdiri dari kenalan dan rakan-rakan kerja. Kegiatan utama kumpulan ini ialah bermain bowling hanya untuk bersuka-suka...Permainan ini diadakan setiap hari Jumaat malam Sabtu bertempat di Sunway Pyramid.Keanggotaan masih lagi terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk bermain bowling. Untuk keterangan lanjut sila submit kan form ini atau call 0133914176. Tiada apa-apa bayaran keahlian dikenakan. Bayaran hanya untuk game apabila bermain.

Minat nak main hubungi kami..

Name:
Tel No:
Tempat Tinggal:
Email Address:
Click here to put a form like this on your site.