sewa

Wednesday, June 23, 2010

Boling sepuluh pin


Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).
Permainan ini berasal dari permainan "skittle" dan sangat popular di Eropah dan AS. Kini pemain-pemain dari Asia Tenggara telah maju dalam permainan ini dan ramai juga yang bergelar juara dunia. Di Sukan Asia tahun 2006, emas Malaysia banyak disumbangi oleh pasukan tenpin bolingnya.

No comments:

PENGENALAN

KSPI ialah singkatan daripada Kelab Sukan Taman Puchong Intan, Ditubuhkan disekitar tahun 2004. Anggota terdiri dari kenalan dan rakan-rakan kerja. Kegiatan utama kumpulan ini ialah bermain bowling hanya untuk bersuka-suka...Permainan ini diadakan setiap hari Jumaat malam Sabtu bertempat di Sunway Pyramid.Keanggotaan masih lagi terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk bermain bowling. Untuk keterangan lanjut sila submit kan form ini atau call 0133914176. Tiada apa-apa bayaran keahlian dikenakan. Bayaran hanya untuk game apabila bermain.

Minat nak main hubungi kami..

Name:
Tel No:
Tempat Tinggal:
Email Address:
Click here to put a form like this on your site.